Monday, November 1, 2010

Memoir Seorang Lelaki

* ni koleksi note2 aku dari FB aku.. aku saje nk update kt blog sebab perancangan memang note utk blog.. so layankan je laa.. *

by Perachun Kalbu on June 21, 2010 at 2.38 am

jam : 2am
lokasi : stesen KTM ipoh
situasi : emo..

Duduk sorg2 cmni kdg2 bole buat kn diri kita tenang n brfikir. Tapi ramai org ckp jgn duduk sorg2 nanti syaitan bole hasut kita buat benda bukan2. Tp bg aku, aku dh 8 thn merantau mencari rezeki d tempat org SORANG2.. Dari seremban brpindah ke ipoh. Mcm2 dugaan yg aku terima. Tp aku redha dgn ketentuan yg Allah bg pada aku. Aku masih pegang lg kata2 mak aku -' Allah tak kan bg ujian pada kita jika kita x boleh hadapinya'. Dan dengan dorongan dr mak, abah n adik aku yg aku syg aku masih mampu utk teguhkan semangat aku utk hidup di dunia ni. Walaupun aku diumpamakan pergi berperang dgn satu peluru. Selangkah aku begerak mencari rezeki aku bertawakal pada Allah. - Ya Allah.. Sesungguhnya hambaMu ini tak sanggup lagi hadapi ujian dariMu.. Aku hanya mampu berserah padaMu, ya Allah..-

cinta- terlalu ramai org yg mempersoalkan tentang cinta pada aku. 'Ko x de awek ke?', 'ko bila nak kawin?', 'ko ni x laku ke..?' dan bermacam2 persoalan lagi yg diorg luahkan pada aku. Org ramai nampak aku ni mcm jenis ' happy go lucky ' tapi jauh di sudut hati aku, aku nak jugak jadi macam org lain. Ada family sendiri, nak sangat rasa ada zuriat sendiri. Tapi apakan daya. Bukan aku x berusaha tapi Allah mempunyai agenda sendiri dalam menentukan hala tuju hidup aku ni. Aku redha padaMu ya Allah.. Walau ditakdirkan aku begini sehingga akhir hayat aku, aku tetap gembira dengan ketentuanNya.

Pada sahabat sekeliling aku, hargai lah org yg dikasihi sementara mereka masih ada lagi. Jangan lah dinilakan seseorang tu dari penampilannya sahaja. Nilai budi dan kejujuran hati seseorang tidak dapat dibeli dgn wang ringgit. Tak guna jika hidup dihujani kesenangan tapi tiada kebahagiaan. Hidup ni hanyalah sementara jadi bawa lah kenangan indah bersama sehingga akhir hayat..

- jaga diri kwn2 smua. Ingatlah ''Nilai seseorang akan hanya disedari apabila kehadiranya tidak dinikmati lagi"-

No comments: