Monday, November 1, 2010

Memoir Seorang Lelaki IV

* ni koleksi note2 aku dari FB aku.. aku saje nk update kt blog sebab perancangan memang note utk blog.. so layankan je laa.. * 


by Perachun Kalbu on Monday, August 2, 2010 at 2:44pm

jam : 135am
lokasi : umah sewa aku..
mode : cube memahami keadaan..

2 3 hari ni aku sering termain dgn emosi x kira antara emosi aku, kwn2 mahupun emosi org yg aku sayang.. aku sendiri x paham.. kenapa dlm keadaan sekarang aku sering terbawa2 dgn akal yg singkat.. kecampur-adukkan antara ilusi dan nyata, antara realiti dan fantasi, antara logik dan khayalan..

aku takut adakah ini tanda awal pasca-penuaan yg mngkin dtg secara x langsung? atau sekadar mainan syaitan yg cube nak memesongkan pemikiran logik dan normal keluar dr hidup aku? aku amat berharap itu x akan berlaku kepada aku..

sambil otak menerawang jauh memikirkan akibatnye memainkan perasaan org yg aku sayangi aku terjumpa satu lagu lama yg mungkin pada pandangan semua kurang menarik tapi bagi aku cukup menarik dr segi olahan liriknye.. seolah2 sama dengan ape yg bergolak dalam diri aku sekarang..

lagu ni pernah dipopularkan oleh kumpulan GUYS bertajuk Airmata Seorang Lelaki..

Bercerita dengan nada hampa
Seorang lelaki yang berputus asa
Dengan takdir Tuhan ke atas nasibnya
Memanggil pulang sebuah cinta
Perempuan yang dipuja-puja
Berjanji bersama dalam suka dan duka
Berpaut cinta telan yang meruntuh hati
Terselindung wajah misteri

Lelaki...
Tak mengerti perubahan perasaan
Tak mengerti tipudaya permainan
Seorang kawan...

Lelaki...
Tak mengenal keikhlasan semua
Tak menilai kata cinta dibisikkan
Oleh misteri...
Di kala tak sengaja tersembunyi cintanya
Lelaki jauh dari sulitnya
Dia lelaki yang berkurangan
Dalam sifatnya dalam cintanya...
Oh... dalam cintanya

Airmata seorang lelaki
Dari racun bisa meruntuh jiwa
Dan keliru dalam persimpangan
Arah ke syurga atau sebaliknya


aku terpanggil utk mengahayati lirik lagu ni.. kebelakangan ini aku sering menitiskan airmata.. ya.. aku x malu utk mengaku semua itu.. ramai org berkata 'ah! usah kamu menjadi seorang lelaki yg cengeng..! kamu kan lelaki..!'.. tp sedar x ramai yg mengatakan begitu adalah seorang yg cengeng dalam hati nya.. pada aku x salah utk seorang lelaki menangis.. tapi biarlah kene pada tempatnya..

aku menangis bukan kerana sembarangan.. aku bukan menangis kerana menyesali nasib hidup aku.. aku menangis kerana menyesali setiap perbuatan aku yang sering menyakiti hati org yg aku sayang.. aku menangis kerana terasa gagal utk mencapai sesuatu yg sepatutnya tidak menjadi sebarang halangan utk aku capai...

dan dgn menangis jugak aku rasa lapang.. aku terasa diri aku ini masih disayangi.. walau hakikatnya aku x tahu siapa yg menyayangi aku.. rentetan itu aku mendapat kekuatan utk meneruskan cabaran dan dugaan di dunia ini.. walaupun aku terpaksa merangkak tp aku bangga dpt lakukan dgn usaha aku sendiri..

sahabat..
jgn la kita sekat emosi kita hanya kerana ego utk menampakkan kita seorang yg macho dan tegas.. cari lah sahabat, keluarga utk meluahkan segala isihati kita yg terbuku.. insyaallah Allah akan memberi kita ilham dalam mencari jalan penyelesaian.. kata2 ku ini bukan dari seorang pakar motivasi.. hanyalah luahan hati utk berkongsi dengan sahabat2..

sahabat..
sekeras hati umpama batu, air juga yg dapat melekukkan nya..

- jaga diri semua -

http://www.youtube.com/watch?v=obuitn8kR1c&feature=related

No comments: